Selasa, 2 Mac 2010

KLINIK 1 MALAYSIA

Klinik 1Malaysia begitu popular sekali, namun kami tidak akan berpeluk tubuh dengan kejayaan ini," kata beliau dalam laman blognya, www.1malaysia.com.my. Najib berkata, Klinik 1Malaysia menjadi alternatif yang praktikal kepada penduduk yang tidak berupaya mendapat rawatan daripada klinik swasta sama ada disebabkan klinik itu jauh dari tempat tinggal mereka atau kerana perkhidmatan yang terlalu mahal.
"Pada pembukaan Klinik 1Malaysia di Kampung Kerinchi dan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Taman Putra Damai, awal Januari, saya melihat sendiri bagaimana perkhidmatan dapat diberikan untuk memenuhi keperluan penduduk setempat. Klinik ini diharapkan mudah didatangi dan mampu dibiayai oleh penduduk," katanya. Beliau berkata, Klinik 1Malaysia yang ditubuhkan dengan kos RM10 juta ditempatkan di kawasan strategik dan dibuka selama 12 jam setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan bayaran rawatan sebanyak RM1 bagi warga negara dan RM15 bagi bukan warga negara.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan