Selasa, 2 Mac 2010

KLINIK 1 MALAYSIA

Klinik 1Malaysia begitu popular sekali, namun kami tidak akan berpeluk tubuh dengan kejayaan ini," kata beliau dalam laman blognya, www.1malaysia.com.my. Najib berkata, Klinik 1Malaysia menjadi alternatif yang praktikal kepada penduduk yang tidak berupaya mendapat rawatan daripada klinik swasta sama ada disebabkan klinik itu jauh dari tempat tinggal mereka atau kerana perkhidmatan yang terlalu mahal.
"Pada pembukaan Klinik 1Malaysia di Kampung Kerinchi dan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Taman Putra Damai, awal Januari, saya melihat sendiri bagaimana perkhidmatan dapat diberikan untuk memenuhi keperluan penduduk setempat. Klinik ini diharapkan mudah didatangi dan mampu dibiayai oleh penduduk," katanya. Beliau berkata, Klinik 1Malaysia yang ditubuhkan dengan kos RM10 juta ditempatkan di kawasan strategik dan dibuka selama 12 jam setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan bayaran rawatan sebanyak RM1 bagi warga negara dan RM15 bagi bukan warga negara.

Sumber: Berita Harian

Isnin, 1 Mac 2010

BUNGA KEBANGSAAN


BUNGA RAYA

  1. Bunga raya menjadi simbol kepada masyarakat majmuk atau pelbagai kaum.

  2. Pada 28 Julai 1960, bunga raya diisytiharkan menjadi bunga kebangsaan.

Sumber : Buku teks Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1

JALUR GEMILANG


Maksud warna dan lambang pada jalur gemilang:
  1. Warna kuning pada anak bulan dan bingtang melambangkan warna bagi Duli-duli Yang Maha Mulia(DYMM) Raja-Raja.
  2. Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.
  3. Warna merah melambangkan keberanian.
  4. Warna putih melambangkan kesucian.
  5. Anak bulan melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
  6. Bintang pecah empat belas menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dengan kerajaan persekutuan.
  7. Tujuh jalur merah dan tujuh jalur putih melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan.

Sumber: Buku Teks Sivik dan Kewarganegaraan darjah 4

RUKUN NEGARA




Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapi cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
a) Kepercayaan kepada Tuhan
b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
C) Keluhuran Perlembagaan
d) Kedaulatan Undang-undang
e) Kesopanan dan Kesusilaan

Sumber: Buku Teks Sivik dan Kewarganegaraan darjah 4

KENALI MALAYSIA


Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara dan dikelilingi oleh negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina. Kedudukan Malaysia sungguh unik kerana terletak di antara jalan perdagangan timur dan barat.
Malaysia terdiri daripada tiga belas buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Putrajaya ialah pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan. Ibu negeri di setiap negeri merupakan pusat pentadbiran negeri.
Ketua Negara Malaysia ialah Yang di-pertuan Agong. Ketua kerajaan Persekutuan pula ialah Perdana Menteri. Sultan, Raja, Yang di-pertuan Besar atau Yang di-pertuan Negeri merupakan Ketua Negeri. Ketua Kerajaan Negeri ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri.
Penduduk di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Di Semenanjung Malaysia, penduduknya terdiri daripada orang Melayu, Cina, India, Orang Asli dan lain-lain.Di Sabah dan Sarawak pula, penduduknya terdiri daripada orang Melayu, Cina, India,Kadazan Dusun, Iban, Melanau, Bajau, Bidayuh, Murut dan peribumi yang lain.
Walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, masyarakat Malaysia hidup aman dan damai. Itulah antara keistimewaan Malaysia. Kita sepatutnya bersyukur kerana hidup dalam negara yang aman dan damai. Oleh itu, kita mestilah bersama-sama berusaha untuk mengekalakan keamanan dan keharmonian yang kita kecapi ini.

Sumber: Buku Teks Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 1

Isnin, 25 Januari 2010

diariku

Nama saya Siti Norhafizah binti Idris. Saya tinggal di Kampung Padang Tembesu. Saya mempunyai lima orang adik-beradik. Makanan kegemaran saya ialah nasi lemak dan minuman kegemaran saya ialah jus lobak mera . Saya suka bermain badminton. Saya ingin menjadi seorang guru. Silalah datang ke blog saya untuk melihat perkembangan blog saya...